Sunday, June 19, 2011

PENJELASAN PENGGUNAAN E-LAPORAN V11.1

Assalamualaikum....
Sila download elaporan v11.1 dari laman web berikut:

v11.1 diwujudkan adalah untuk memperbaiki ralat dalam formula dan link berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada guru-guru yang telah mengisi data.

Kebanyakan ralat disebabkan jumlah keseluruhan murid yang dipaparkan dalam rumusan ekelas dan rumusan esekolah adalah tidak tepat. Untuk mengatasi masalah ini, guru hanya perlu menggabungkan data setiap kelas dengan menggunakan esekolah v11.1 untuk mendapat rumasan keseluruhan esekolah yang tepat.
Jika guru telah selesai menggabungkan kelas menggunakan esekolah v11(yg lama), guru hanya perlu melakukan proses update, iaitu memindahkan data-data dalam esekolah v11 ke esekolah v11.1.
Caranya :

1. Dalam esekolah v11, dalam Menu Utama, klik button EKSPORT. kemudian menu eksport akan terpapar. kemudian klik button EKSPORT. save fail tersebut.

2. Buka esekolah v11.1, dalam Menu Utama, klik button IMPORT. kemudian menu import akan terpapar. kemudian klik button UPDATE. pilih fail yang telah anda save tadi. Proses import akan berjalan dan mengambil sedikit masa.

3. Setelah selesai import, klik RUMUSAN, klik ADA IMPORT TERBARU KEMASKINI SEMUA DATA, tunggu sehingga Rumusan Keseluruhan yang lengkap terpapar.

4. Setelah memastikan rumusan yang dipaparkan adalah tepat dan betul, kembali ke MENU UTAMA. klik button EKSPORT. menu eksport akan terpapar. klik button KE PPD JUN. save fail tersebut dengan menaip kod dan nama sekolah.

Jika guru mahu melihat rumusan yang tepat di peringkat kelas, guru perlu UPDATE setiap kelas dengan menggunakan ekelas v11.1.

Penjelasan Ralat yang berlaku.

Terdapat ralat dalam formula excel dalam setiap fail ekelas V11. Ia melibatkan formula dalam Amali Solat. elaporan 2011 menggabungkan Amali solat perlakuan dan Amali Solat Bacaan. contohnya :
  • Jika murid Menguasai Cemerlang dalam Perlakuan,
.......tetapi Belum Menguasai dalam Bacaan,
.......dia akan dikira belum menguasai Amali Solat. (perkara yang patut berlaku)

  • Terdapat satu formula yang tercicir (ralat) dalam ekelas v11 iaitu,

.......Jika murid Menguasai Sederhana dalam Perlakuan
.......dan Menguasai Cemerlang dalam Bacaan,
.......dia akan dikira Belum Menguasai.
  • Sepatutnya rumusan yang keluar ialah Menguasai Sederhana.

Maksud Menguasai Cemerlang:

Menguasai semua perkara rukun dan sunat.

Maksud Menguasai Sederhana:
Menguasai semua perkara rukun tetapi belum menguasai sekurang2nya satu perkara sunat.

Maksud Belum Menguasai :
Belum menguasai sekurang-kurangnya satu perkara rukun

Nota Penting Sebagai Rumusan :
Jika Guru Data dapat mengesan jumlah murid yang Menguasai Sederhana dalam perlakuan adalah ramai, maka guru perlulah update ekelas v11 tersebut kepada ekelas v11.1 kerana ia mungkin menyebabkan ramai murid Belum Menguasai dalam rumusan Amali Solat.

No comments:

Post a Comment

RUJUKAN UTAMA